Pages

Sunday 30 December 2012

Sejarah Kolej Vokasional Kluang



Kolej Vokasional Kluang merupakan salah sebuah daripada 24 buah sekolah menengah vokasional yang mula-mula ditubuhkan di seluruh negara di bawah pinjaman bank dunia. Sekolah ini bermula pada 1 Januari 1977 dengan menawarkan 8 kursus aliran vokasional. Semua pelajar pada ketika itu menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).
Penubuhan sekolah ini sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan program pendidikan dan latihan untuk menyediakan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian. Mulai 1 Januari 1997, sekolah-sekolah menengah vokasional dinaikkan traf kepada sekolah menengah teknik selepas penstrukturan baru Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1997, bangunan asal sekolah ini yang hanya terdiri daripada dua blok bilik darjah dan empat buah bengkel yang dibahagikan kepada enam bahagian.
Menjelang tahun 2000, sekolah ini mendapat dua buah bangunan tambahan setinggi empat tingkat setiap satu menempatkan 17 bilik darjah, 5 makmal sains dan tiga bilik lukisan kejuruteraan. Pada hari ini, secara keseluruhannya terdapat 8 bulan bengkel dan 36 buah bilik darjah bagi menampung pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional dan kemahiran.


No comments:

I LOVE BLOG eStudysmart AAA
WELCOME TO OUR BLOG